Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.
Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya. Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan dalam peti dinginbeku.
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.
Untuk mengelakkan tulang sebelum ikan dipotong, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.
Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.
Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.
Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.
Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Perah seperti biasa.
Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.
Untuk melembutkan dan mendapatkan santan dari kelapa parut yang beku, keluarkan ia dari peti sejuk. Tuangkan/masak dgn sedikit air panas dan kisarlah seperti biasa.
Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari, ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.
Bagi memudahkan membersihkan sotong, rendam sotong ke dalam air beras. Biarkan selama 10 minit. Hasilnya kulit sotong akan lekang, senang dicuci dan bau hanyirnya akan hilang.
Papan pemotong yang kerap kali digunakan akan nampak kotor. Atasinya dengan menggosokkan kulit limau nipis secara merata. Kemudian basuh seperti biasa.
Bagi mengelakkan udang berbau busuk dan sentiasa segar, perahkan air limau nipis semasa hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Cara ini juga menjadikan udang lebih tahan lama.
Untuk mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.
Bagi yang termakan cili dan tidak tahan rasa pedas, kurangkan rasanya dengan memakan gula-gula.
Untuk mengekalkan kesegaran daun sup, cuci daun sup terlebih dahulu sehingga bersih. Potong dan kemudian simpan di dalam bekas yang bertutup rapat. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Buah nangka sememangnya enak dimakan. Namun kita berdepan dengan masalah hendak menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Untuk itu setiap kali terkena getah nangka, anda hanya perlu menggosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih.
Untuk mendapatkan sambal belacan yang lebih enak, dapatkan cili merah, cili hijau , cili padi, bawang putih dan tomato. Gorengkan terlebih dahulu sebelum dikisar atau ditumbuk bersama belacan yang telah dibakar. Perahkan limau untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.
Pedihnya mata apabila dimasuki cili. Untuk menghilangkannya, letakkan mata yang dimasuki cili ke lutut sendiri. Biarkan mata dalam keadaan tersebut selama 5 hingga 10 saat. Ulangi langkah tersebut hingga kesan pedih cili hilang.