Setelah selesai menggosok periuk hitam,kita boleh menggunakan sabun mandi untuk mengilatkan periuk tersebut.cuci periuk dengan menggunakan sabun mandi dan dicuci kembali dengan menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk dan dibilas.lihat perbezaannya.
Untuk menghilangkan lendir,masukkan cuka makan ke dalam masakan bendi tadi.insyaAllah bendi tadi tidak berlendir lagi.
Cara:1Mula-mula potong ayam tersebut menjadi agak kecil.kemudian rebus bersama air kelapa hingga empuk.Cara:2Selain itu boleh juga dimasukkan 2-3 helai daun nangka ke dalam rebusan ayam tadi.toskan airnya dan masak ayam tersebut mengikut resepi pilihan anda.
Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit,toskan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.
Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja.Hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.
Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering ke dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.
Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng.
1. Rendam bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. 2. Simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya barulah mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.
Caranya masukkan taugeh tersebut kedalam bekas berisi air kemudian perahkan limau nipis ke dalam bekas taugeh tersebut. Gaulkan dengan sebati dan sayur taugeh akan tahan lebih lama dari biasa.
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.
Bagi melembutkan cucur,bancuh tepung gandum dengan air suam.kacau sehingga sebati.dengan cara ini,cucur yang dimasak tetap lembut walaupun telah sejuk.
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan didalam botol.untuk mewangikannya letakkan serai.kemudian boleh digunakan semula untuk menggoreng.
Potong kentang berbentuk dadu.masukkan ke dalam masakan.setelah kentang lembut,keluarkan semula.
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.
Didihkan air dulu dengan garam.kemudian baru masukkan telur ke dalam air.
Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk menggelakkan peti sejuk dari berbau.
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih.
Sebelum kelapa itu disimpan, hendaklah digaulkan dengan garam halus pada kelapa tersebut. Hasilnya kelapa itu akan tahan lama, tidak mudah berbau busuk dan berlendir.
Menggunakan kulit ubi kentang. Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit, setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.