Mencuci Kerak Periuk

Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Menyegarkan Bau Teko Yang Telah Disimpan Lama

Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya. Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.

Ikan Tetap Segar

Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan dalam peti dinginbeku.

Hilangkan Hanyir Ikan

Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

Ikan/Ayam Tidak Melekat Di Kuali

Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

Khasiat Air Beras

Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.

Buang Tulang Ikan Terubuk/Parang

Untuk mengelakkan tulang sebelum ikan dipotong, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.

Bawang Kopek Tahan Lama

Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.

Memudahkan Telur Dikopek

Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

Membasuh Buah-buahan

Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

Pisau Tidak Berkarat

Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.

Kacang Cepat Kembang/Empuk

Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

Elakkan Getah Nangka

Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

Cara Bersihkan Pengisar

Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

Santan Lebih Pekat

Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Perah seperti biasa.

Kelapa Parut Tahan Lama

Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

Menggunakan Kelapa Parut Beku

Untuk melembutkan dan mendapatkan santan dari kelapa parut yang beku, keluarkan ia dari peti sejuk. Tuangkan/masak dgn sedikit air panas dan kisarlah seperti biasa.

Tempoyak Tahan Lama

Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari, ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.

Cara Mudah Bersihkan Sotong

Bagi memudahkan membersihkan sotong, rendam sotong ke dalam air beras. Biarkan selama 10 minit. Hasilnya kulit sotong akan lekang, senang dicuci dan bau hanyirnya akan hilang.

Papan Pemotong Lebih Bersih

Papan pemotong yang kerap kali digunakan akan nampak kotor. Atasinya dengan menggosokkan kulit limau nipis secara merata. Kemudian basuh seperti biasa.

Copyright © 2008 - Petua Dapur - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template - Optimise by AdsenseBlogTemplate